Pages

Wednesday 25 July 2012

Lampiran C: (Pemberitahuan Kursus Kepada Ibu bapa/penjaga)

SEKOLAH KEBANGSAAN MACHANG 1
18500 MACHANG
                                                                                                                        TEL:  09-9751201

Ruj. Kami             : SKM1 / PGK/02/03
Ruj. Tuan              :
Tarikh                    :  08.03.2012

Kepada :
Semua ibu/bapa/penjaga,
Ahli Pengakap Kumpulan 03 SK Machang 1

Tuan / Puan,

KURSUS LENCANA KEAHLIAN PENGAKAP KANAK-KANAK

Dengan segala hormatnya, saya merujuk kepada perkara  di atas.

2.             Adalah dimaklumkan bahawa Pengakap Kumpulan 03, SK Machang 1 bercadang mengadakan kursus Lencana Keahlian Pengakap mengikut maklumat berikut :

                2.1          Tarikh                    :               14 April 2012 (Sabtu)
                2.2          Tempat                  :               Sek. Keb. Machang 1, Machang
                2.3          Pendaftaran         :               8.00 pagi 14 April 2012 (Sabtu)
                2.4          Waktu balik          :               5.00 petang 14 April 2012 (Sabtu)
                2.5          Sumbangan          :               RM 5.00 seorang (Sijil & Pengurusan)

3.             Tujuan perkhemahan tersebut diadakan untuk membantu ahli pengakap melengkapkan lencana asas yang patut mereka perolehi disamping memberi pendedahan aktiviti kokurikulum di luar bilik darjah yang dirancang.

4.             Tuan/Puan boleh mengembalikan surat persetujuan ibu/bapa/penjaga yang telah lengkap diisi serta kembalikan kepada Cikgu Noorizan bin Mohd Esa  pada atau sebelum 14 April 2012.

Sekian, terima kasih.

Yang menjalankan tugas,


_________________________________________
(HJ. MOHAMMAD ZAKE BIN MD ARSHAD)
Guru Besar,
SEK. KEB. MACHANG 1.

s.k.,

1.                   Yang di-Pertua, PIBG
2.                   Penolong Kanan Kokurikulum
3.                   Fail

No comments:

Post a Comment