Pages

Wednesday 25 July 2012

LAPORAN AKTIVITI KURSUS LENCANA KEAHLIAN PKK




PERSATUAN PENGAKAP
SEKOLAH KEBANGSAAN MACHANG 1

LAPORAN AKTIVITI
KURSUS LENCANA KEAHLIAN PENGAKAP

TARIKH :

14 APRIL 2012

TEMPAT :

SEKOLAH KEBANGSAAN MACHANG1
18500 MACHANG, KELANTAN

ANJURAN:

PERSATUAN PENGAKAP
SEKOLAH KEBANGSAAN MACHANG 1

DENGAN KERJASAMA:
UNIT KOKURIKULUM






















1
Pendahuluan

1.1
Lencana Keahlian merupakan lencana asas pengakap kanak-kanak. Pengakap kanak-kanak akan diuji tentang beberapa perkara untuk memastikan mereka memahami dan mengerti makna setiap perkara seperti Persetiaan dan undang-undang pengakap, Kelima-kelima rukun negara, Tabik dan hormat pengakap, isyarat hormat pengakap dan cogan kata Pengakap, Sejarah permulaan Pergerakan Pengakap dan Cerita Hutan dan Laung Agung
2
Objektif

2.1
Lencana Keahlian merupakan lencana asas bagi seorang pengakap kanak-kanak

2.2
Mempraktikkan ilmu pengakap yang dipelajari semasa perjumpaan mingguan seperti persetiaan dan undang-undang pengakap, sejarah permulaan pergerakan pengakap, tabik dan isyarat hormat, laung agung dan cogan kata pengakap

2.3
Melatih ahli pengakap kanak-kanak sentiasa berdisplin, berakhlak, bertanggungjawab dan berdikari selari dengan ajaran Islam

    3.0        SENARAI AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA DAN  SENARAI
              TUGAS

Bil
Bidang tugas
Pemimpin
Catatan
1
Pendaftaran
  1. Pn. Yusmawani bt. Mat Ghani
  2. Pn. Zubaidah bt. Yaakob
-          mencatat kehadiran ahli
-          memungut sumbangan pendaftaran

2
Keselamatan
dan Disiplin
  1. En.Kamaruzzaman b. Mat Isa
  2. En. Zainuddin b. Samat
-          menguruskan disiplin dari awal hingga akhir dalam keadaan baik.
-          Memastikan Ujian Lencana Keahlian berjalan dengan suasana harmoni.

3
Persegaran
  1. Pn. Umi Kalsum bt. Hashim
  2. Pn. Zanariah Bt. Mustapha
-          memastikan pengagihan makanan berjalan lancar

4
Urus setia
  1. En. Noorizan b. Mohd Esa
  2. En. Nasir b. Muda
-        memastikan ujian lencana keahlian dapat dijalankan dengan lancar
-        memastikan peralatan dan  bahan ujian mencukupi
5
Sijil/ Cenderahati
  1. Pn. Umi Kalsum bt. Hashim
  2. Pn. Zanariah Bt. Mustapha
-          memastikan nama pelajar mengikut kad pengenalan.
-          Menaip nama pelajar dengan betul.
-        Menguruskan majlis penyampaian sijil di akhir kursus
6
Keagamaan
  1. En. Roslan b. Ismail
  2. Pn. W. Norafni bt. W. Muhammad
-          Memastikan  PKK menunaikan solat apabila masuk Waktu
7
Hal Ehwal Wanita
  1. Pn. W. Norafni bt. W. Muhammad
-          Membantu PKK wanita yang mengalami masalah
8
Buku Program
dan Dokumentasi
  1. En. Noorizan b. Mohd Esa
  2. En. Azmi b. Abdullah
-          Memastikan dokumentasi disediakan di akhir perkhemahan.
-          Menyediakan ‘brosur’ mudah berkaitan perkhemahan
9
Aktiviti
  1. En. Azmi b. Abdullah

-          Melantik penguji
-          Memastikan setiap stesen ada penguji atau pegawai bertugas
-          Memastikan semua aktiviti berjalan lancar.
10
Kain Rentang
dan
 Sia raya
  1. En. Roslan b. Ismail
-          Menyediakan kain rentang sebagai publisiti selewat-lewatnya seminggu sebelum perkhemahan.
-          Memastikan alat siar raya dalam keadaan baik dan boleh digunakan

          

4.0  TENTATIF PROGRAM

Tarikh: 14 April 2012
Hari: Sabtu                                                                 

8.00 pagi Pendaftaran, taklimat dan pembahagian kumpulan

aik, bang khusyuk sangat tu..

Seramai 73 orang ahli pengakap kanak-kanak telah  menyertai Kursus Lencana Keahlian. Pendaftaran dijalankan oleh Puan Yusmawani bt. Mat ghani dan puan Zubaidah binti yaakob. PKK telah  diberi taklimat dan dibahagi kepada sembilan kumpulan dan setiap kumpulan terdiri daripada 8 hingga 9 orang PKK. PKK diberikan senarai semak item-item yang akan diuji. PKK diagihkan kepada stesen-stesen 1, 2, dan 3. Di mana, setiap stesen akan terdapat dua kumpulan pada satu masa. Setiap stesen terdiri daripada empat orang guru.   

9.00 pagi Sesi pertama Lencana Keahlian bermula

Stesen 1




semangat PKK sedang diuji. ingat ke?
PKK dikehendaki membaca persetiaan dan undang-undang pengakap dan juga rukun negara. Guru-guru yang terlibat ialah Pn. Yusmawani bt. Mat Ghani, Pn. Zubaidah bt. Yaakob, Pn. W. Norafni bt. W. Muhammad Pn. Umi Kalsum bt. Hashim. Kumpulan PKK yang terlibat adalah kumpulan PKK1, PKK2 dan PKK3.

Setesen 2

sorang-sorang tu...jangan gabra, nanti kantoi...
Di Stesen 2,  PKK diminta membincangkan Sejarah permulaan pergerakan pengakap dan cogan kata PKK iaitu Buat Habis Baik. Guru yang terlibat ialah En. Kamaruzzaman b. Mat Isa, En. Zainuddin b. Samat, En. Nasir b. Muda dan En. Ahmad zawawi b. Ruslan. Kumpulan PKK yang terlibat adalah PKK 4, PKK5 dan PKK6.

Stesen 3
amacam?, boleh buat ker? baik-baik nanti tersasol plak!
Guru-guru yang terlibat di stesen 3 pula ialah  En. Roslan b. Ismail, En. Azmi b. Abdullah, En. Noorizan b. Mohd Esa dan Pn. Zanariah Bt. Mustapha. Setiap kumpulan dikehendaki membuat aktiviti laung agung. Laung agung adalah aktiviti pertama yang dilakukan pada setiap perjumpaan pengakap.

10.30 pagi Minum pagi
masa yang dinanti dah tiba. sekarang jom, kita makan dulu...
PKK diberi rehat selama 30 minit untuk menjamu selera dan berehat. Sarapan pagi disediakan iaitu roti jala dan tea ’o’.

11.00 pagi Sesi kedua Lencana Keahlian

Sesi kedua ujian lencana keahlian dijalankan. Pergerakan stesen berubah. PKK 1, PKK2 dan PKK 3 ke stesen 2, PKK 4, PKK 5, PKK 6 bergerak ke stesen 3. Manakala, PKK 7, PKK8 dan PKK 9 ke Stesen 1.

1.0  tengah hari Makan tengah hari, rehat dan Solat Zuhur

PKK diberi rehat selama satu jam setengah untuk makan tengah hari dan menunaikan Solat Zuhur. Persiapan untuk sesi ketiga ujian keahlian dibuat.

2.30 petang. Sesi ketiga Kursus Lencana Keahlian

Sesi ketiga ujian lencana keahlian dijalankan. Pergerakan stesen berubah. PKK 1, PKK2 dan PKK 3 ke stesen 3, PKK 4, PKK 5, PKK 6 bergerak ke stesen 1. Manakala, PKK 7, PKK8 dan PKK 9 ke Stesen 2.

4.00 petang. Majlis Perasmian Penutup Kursus Lencana Keahlian Pengakap Kanak-kanak

Pesuruh Jaya Pengakap Daerah Machang, Tn Haji Ismail b Omar semengat berucap memberikan kata-kata perangsang kepada PKK SKM1

khusyuk nampaknya PKK mendengar ucapan yang diberikan oleh Peseuruh Yaya Pengakap Machang, Tuan Haji Ismail b Omar

Kursus Lencana Keahlian Pengakap Sekolah Kebangsaan Machang 1 telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia Tn. Hj. Ismail bin Abd. Omar Pesuruhjaya Pengakap Daerah Machang. Dalam ucapan perasmian penutup  beliau mengambil kesempatan mengucapkan tahniah kepada Persatuan Pengakap Sekolah Kebangsaan Machang 1, Machang, Kelantan kerana sentiasa bergerak dalam kumpulan untuk setiap program yang diadakan peringkat sekolah. Beliau juga berharap usaha ini akan berterusan demi mencipta pelbagai kejayaan.

5.00 petang Minum petang dan bersurai
     
     Tn. Hj. Ismail bin Omar, pemimpin pengakap Sekolah Kebangsaan Machang 1 dan PKK   dijamu dengan minuman petang sebelum bersurai

5.0 PENYERTAAN
     
5.1    Kursus Lencana Keahlian di hadiri oleh 73 orang pengakap kanak-kanak Sekolah Kebangsaan Machang 1 yang terdiri daripada murid Tahun 4 dan Tahun 5
5.2            Senarai nama PKK  rujuk lampiran A1

6.0  PERBELANJAAN KEWANGAN

Sumber Kewangan
1
Pendaftaran Peserta
RM 5.00 × 73 orang
=
RM 365.00
2
Sumbangan Unit Kokurikulum

=
RM 150.00
3
Sumbangan PIBG

=
RM100.00
JUMLAH

RM615.00
Perbelanjaan
Makan minum Urus setia/ pemimpin/ peserta
RM 4.00 × 89 orang
=
RM 356.00
2
Sijil Keahlian
RM 0.50 × 73 orang
=
RM  36.50
3
Buku Program
RM 0.30 × 15
=
RM    4.50
4
Urus setia


=
RM180.00
5
Cenderahati Perasmian Penutup


=
RM  38.00
JUMLAH
RM615.00



7.0  PENUTUP

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih yang tak terhingga kepada semua AJK Pelaksana dan yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan Kursus Lencana Keahlian Pengakap Sekolah Kebangsaan Machang 1, Machang, Kelantan.


Disediakan oleh,

................................................
(NOORIZAN BIN MOHD ESA)
Setiausaha,
PROGRAM KURSUS LENCANA KEAHLIAN PENGAKAP KANAK-KANAK,
SEKOLAH KEBANGSAAN MACHANG 1, MACHANG


Disahkan oleh,

.................................................
(ENCIK AZMI BIN SALLEH)
Pengerusi,
PROGRAM KURSUS LENCANA KEAHLIAN PENGAKAP KANAK-KANAK,
SEKOLAH KEBANGSAAN MACHANG 1, MACHANG






              











No comments:

Post a Comment