Pages

Wednesday 25 July 2012

Contoh Kertas Kerja: Ujian Lencana Keahlian

KERTAS KERJA KURSUS LENCANA KEAHLIAN PENGAKAP KANAK-KANAK
SEKOLAH KEBANGSAAN MACHANG 1
18500 MACHANG, KELANTAN.

  1. Nama Program
Kursus Lencana Keahlian Pengakap Kanak-kanak peringkat Sekolah Kebangsaan Machang 1, Machang, Kelantan.

  1. Objektif

2.1 Lencana Keahlian merupakan lencana asas bagi seorang pengakap kanak-kanak
2.2 Mempraktikkan ilmu pengakap yang dipelajari semasa perjumpaan mingguan seperti persetiaan dan undang-undang pengakap, sejarah permulaan pergerakan pengakap, tabik dan isyarat hormat, laung agung dan cogan kata pengakap
2.3 Melatih ahli pengakap kanak-kanak sentiasa berdisplin, berakhlak, bertanggungjawab dan berdikari selari dengan ajaran Islam
2.4 Mewujudkan rasa kebebasan dan seronok di kalangan ahli pengakap semasa menjalankan aktiviti yang telah dirancang.

  1. Tarikh dan Tempat

3.1              Tempat:           Padang Sekolah Keb. Machang1, Machang, Kelantan
3.2              Tarikh:             14 April 2012 (rujuk lampiran A- Aktiviti Program)

  1. Tarikh Perasmian dan Penutup

4.1       Tarikh:                         14 April 2012
4.2       Masa:                           4.00 petang
4.3       Perasmian  Penutup:    Tn. Haji Ismail b. Omar,
Pesuruhjaya Pengakap Daerah Machang

  1. Keramaian Peserta

5.1              Murid Tahun Empat:   41 orang
5.2              Murid Tahun Lima:     32 orang
5.3              Penguji/Pemimpin:      12 orang

  1. Sumbangan

RM 5.00 setiap peserta

  1. Sijil

Sijil Keahlian akan diberikan kepada peserta yang lulus Ujian Lencana Keahlian



No comments:

Post a Comment