SEKOLAH KEBANGSAAN MACHANG 1
18500 MACHANG
TEL: 09-9751201
Ruj. Kami : SKM1 / PGK/02/03
Ruj. Tuan :
Tarikh : 08.03.2012
Kepada :
Semua ibu/bapa/penjaga,
Ahli Pengakap Kumpulan 03 SK Machang 1
Tuan / Puan,
KURSUS LENCANA KEAHLIAN PENGAKAP KANAK-KANAK
Dengan segala hormatnya, saya merujuk kepada perkara di atas.
2. Adalah dimaklumkan bahawa Pengakap Kumpulan 03, SK Machang 1 bercadang mengadakan kursus Lencana Keahlian Pengakap mengikut maklumat berikut :
2.1 Tarikh : 14 April 2012 (Sabtu)
2.2 Tempat : Sek. Keb. Machang 1, Machang
2.3 Pendaftaran : 8.00 pagi 14 April 2012 (Sabtu)
2.4 Waktu balik : 5.00 petang 14 April 2012 (Sabtu)
2.5 Sumbangan : RM 5.00 seorang (Sijil & Pengurusan)
3. Tujuan perkhemahan tersebut diadakan untuk membantu ahli pengakap melengkapkan lencana asas yang patut mereka perolehi disamping memberi pendedahan aktiviti kokurikulum di luar bilik darjah yang dirancang.
4. Tuan/Puan boleh mengembalikan surat persetujuan ibu/bapa/penjaga yang telah lengkap diisi serta kembalikan kepada Cikgu Noorizan bin Mohd Esa pada atau sebelum 14 April 2012.
Sekian, terima kasih.
Yang menjalankan tugas,
_________________________________________
(HJ. MOHAMMAD ZAKE BIN MD ARSHAD)
Guru Besar,
SEK. KEB. MACHANG 1.
s.k.,
1. Yang di-Pertua, PIBG
2. Penolong Kanan Kokurikulum
3. Fail
No comments:
Post a Comment