4.0 TENTATIF PROGRAM
Tarikh: 14 April 2012
Hari: Sabtu
8.00 pagi Pendaftaran, taklimat dan pembahagian kumpulan
|
aik, bang khusyuk sangat tu.. |
Seramai 73 orang ahli pengakap kanak-kanak telah menyertai Kursus Lencana Keahlian. Pendaftaran dijalankan oleh Puan Yusmawani bt. Mat ghani dan puan Zubaidah binti yaakob. PKK telah diberi taklimat dan dibahagi kepada sembilan kumpulan dan setiap kumpulan terdiri daripada 8 hingga 9 orang PKK. PKK diberikan senarai semak item-item yang akan diuji. PKK diagihkan kepada stesen-stesen 1, 2, dan 3. Di mana, setiap stesen akan terdapat dua kumpulan pada satu masa. Setiap stesen terdiri daripada empat orang guru.
9.00 pagi Sesi pertama Lencana Keahlian bermula
Stesen 1
|
semangat PKK sedang diuji. ingat ke? |
PKK dikehendaki membaca persetiaan dan undang-undang pengakap dan juga rukun negara. Guru-guru yang terlibat ialah Pn. Yusmawani bt. Mat Ghani, Pn. Zubaidah bt. Yaakob, Pn. W. Norafni bt. W. Muhammad Pn. Umi Kalsum bt. Hashim. Kumpulan PKK yang terlibat adalah kumpulan PKK1, PKK2 dan PKK3.
Setesen 2
|
sorang-sorang tu...jangan gabra, nanti kantoi... |
Di Stesen 2, PKK diminta membincangkan Sejarah permulaan pergerakan pengakap dan cogan kata PKK iaitu Buat Habis Baik. Guru yang terlibat ialah En. Kamaruzzaman b. Mat Isa, En. Zainuddin b. Samat, En. Nasir b. Muda dan En. Ahmad zawawi b. Ruslan. Kumpulan PKK yang terlibat adalah PKK 4, PKK5 dan PKK6.
Stesen 3
|
amacam?, boleh buat ker? baik-baik nanti tersasol plak! |
Guru-guru yang terlibat di stesen 3 pula ialah En. Roslan b. Ismail, En. Azmi b. Abdullah, En. Noorizan b. Mohd Esa dan Pn. Zanariah Bt. Mustapha. Setiap kumpulan dikehendaki membuat aktiviti laung agung. Laung agung adalah aktiviti pertama yang dilakukan pada setiap perjumpaan pengakap.
10.30 pagi Minum pagi
|
masa yang dinanti dah tiba. sekarang jom, kita makan dulu... |
PKK diberi rehat selama 30 minit untuk menjamu selera dan berehat. Sarapan pagi disediakan iaitu roti jala dan tea ’o’.
11.00 pagi Sesi kedua Lencana Keahlian
Sesi kedua ujian lencana keahlian dijalankan. Pergerakan stesen berubah. PKK 1, PKK2 dan PKK 3 ke stesen 2, PKK 4, PKK 5, PKK 6 bergerak ke stesen 3. Manakala, PKK 7, PKK8 dan PKK 9 ke Stesen 1.
1.0 tengah hari Makan tengah hari, rehat dan Solat Zuhur
PKK diberi rehat selama satu jam setengah untuk makan tengah hari dan menunaikan Solat Zuhur. Persiapan untuk sesi ketiga ujian keahlian dibuat.
2.30 petang. Sesi ketiga Kursus Lencana Keahlian
Sesi ketiga ujian lencana keahlian dijalankan. Pergerakan stesen berubah. PKK 1, PKK2 dan PKK 3 ke stesen 3, PKK 4, PKK 5, PKK 6 bergerak ke stesen 1. Manakala, PKK 7, PKK8 dan PKK 9 ke Stesen 2.
4.00 petang. Majlis Perasmian Penutup Kursus Lencana Keahlian Pengakap Kanak-kanak
|
Pesuruh Jaya Pengakap Daerah Machang, Tn Haji Ismail b Omar semengat berucap memberikan kata-kata perangsang kepada PKK SKM1 | | | |
|
|
|
khusyuk nampaknya PKK mendengar ucapan yang diberikan oleh Peseuruh Yaya Pengakap Machang, Tuan Haji Ismail b Omar |
Kursus Lencana Keahlian Pengakap Sekolah Kebangsaan Machang 1 telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia Tn. Hj. Ismail bin Abd. Omar Pesuruhjaya Pengakap Daerah Machang. Dalam ucapan perasmian penutup beliau mengambil kesempatan mengucapkan tahniah kepada Persatuan Pengakap Sekolah Kebangsaan Machang 1, Machang, Kelantan kerana sentiasa bergerak dalam kumpulan untuk setiap program yang diadakan peringkat sekolah. Beliau juga berharap usaha ini akan berterusan demi mencipta pelbagai kejayaan.
5.00 petang Minum petang dan bersurai
Tn. Hj. Ismail bin Omar, pemimpin pengakap Sekolah Kebangsaan Machang 1 dan PKK dijamu dengan minuman petang sebelum bersurai
5.0 PENYERTAAN
5.1 Kursus Lencana Keahlian di hadiri oleh 73 orang pengakap kanak-kanak Sekolah Kebangsaan Machang 1 yang terdiri daripada murid Tahun 4 dan Tahun 5
5.2 Senarai nama PKK rujuk lampiran A1
6.0 PERBELANJAAN KEWANGAN
Sumber Kewangan |
1 | Pendaftaran Peserta | RM 5.00 × 73 orang | = | RM 365.00 |
2 | Sumbangan Unit Kokurikulum |
| = | RM 150.00 |
3 | Sumbangan PIBG |
| = | RM100.00 |
JUMLAH
| RM615.00 |
Perbelanjaan |
| Makan minum Urus setia/ pemimpin/ peserta | RM 4.00 × 89 orang | = | RM 356.00 |
2 | Sijil Keahlian | RM 0.50 × 73 orang | = | RM 36.50 |
3 | Buku Program | RM 0.30 × 15 | = | RM 4.50 |
4 | Urus setia |
| = | RM180.00 |
5 | Cenderahati Perasmian Penutup |
| = | RM 38.00 |
JUMLAH | RM615.00 |
7.0 PENUTUP
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih yang tak terhingga kepada semua AJK Pelaksana dan yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan Kursus Lencana Keahlian Pengakap Sekolah Kebangsaan Machang 1, Machang, Kelantan.
Disediakan oleh,
................................................
(NOORIZAN BIN MOHD ESA)
Setiausaha,
PROGRAM KURSUS LENCANA KEAHLIAN PENGAKAP KANAK-KANAK,
SEKOLAH KEBANGSAAN MACHANG 1, MACHANG
Disahkan oleh,
.................................................
(ENCIK AZMI BIN SALLEH)
Pengerusi,
PROGRAM KURSUS LENCANA KEAHLIAN PENGAKAP KANAK-KANAK,
SEKOLAH KEBANGSAAN MACHANG 1, MACHANG
No comments:
Post a Comment